
Obsession Of The Global Ceo
Yura_Han|Bersambung
- Jumlah kata
- 360
- Popular
- 100
- Subscribe
- 1
- Jumlah kata
- 360
- Popular
- 100
- Subscribe
- 1

Yura_Han|Bersambung
Hasya dikenali sebagai wanita kuat, tegas, dan berpengaruh dalam dunia korporat. Sebagai seorang CEO muda yang berjaya, hidupnya sentiasa teratur dan terkawal — sehinggalah satu malam mengubah segalanya. Pertemuannya dengan Zayden, seorang Global CEO yang dingin, dominan, dan penuh misteri, membawa Hasya ke dalam hubungan yang tidak pernah dia jangka. Kesilapan satu malam membuatkan Hasya memilih untuk menghilang dari dunia mewah yang selama ini menjadi hidupnya. Dengan hati yang penuh luka dan rahsia yang besar, Hasya membawa diri ke sebuah kampung terpencil, jauh dari bandar dan jauh dari lelaki yang pernah menggoncang seluruh hidupnya. Di situlah Hasya belajar hidup sederhana, ditemani penduduk kampung yang menerima dirinya seperti keluarga sendiri… dan seorang bayi dalam kandungannya yang menjadi satu-satunya kekuatan untuk terus bertahan. Tanpa Hasya sedar, Zayden tidak pernah berhenti mencari. Lelaki yang dulu kelihatan dingin itu sebenarnya menyimpan rasa yang terlalu dalam untuk dilepaskan. Pertemuan semula mereka membuka kembali kenangan lama, kesakitan lama, dan cinta yang tidak pernah padam. Namun kali ini, Hasya bukan lagi wanita yang sama… dan Zayden juga bukan lelaki yang hanya tahu memaksa kehendaknya. Perkahwinan yang bermula dengan tanggungjawab perlahan-lahan berubah menjadi sesuatu yang lebih hangat, lebih manis, dan lebih nyata. Kehadiran anak mereka, Hayden Thea, menjadi pengikat yang menyatukan hati yang pernah terpisah. Dalam kehidupan sebagai suami isteri, mereka belajar tentang cinta, kesabaran, pengorbanan, dan makna sebenar sebuah keluarga. Di sebalik kemewahan, kuasa, dan nama besar, Zayden hanya seorang lelaki yang takut kehilangan wanita yang dia cintai. Dan di sebalik ketegasan seorang CEO, Hasya hanyalah seorang wanita yang ingin dicintai tanpa syarat. Obsession of The Global CEO bukan sekadar kisah cinta. Ia adalah kisah tentang kehilangan, pertemuan semula, dan bagaimana cinta yang keras boleh berubah menjadi rumah paling hangat untuk pulang.
Lampu kristal besar bergantung megah di tengah dewan hotel paling eksklusif di dunia.
Semua CEO terbesar dunia berkumpul malam itu.
Event tahunan yang hanya dihadiri oleh orang paling berkuasa di planet ini.
Dan di tengah dewan itu…
Semua mata tertumpu pada satu perempuan.
Hasya Humaira.
Gaun hitam yang melekat di badan, belahan di kaki yang tinggi, rambut panjang beralun di bahu.
Langkahnya tenang, yakin, seperti dunia memang milik dia.
Dia CEO Global nombor 1.
Dan semua orang tahu itu.
Di sebelahnya berjalan Aimy Hana, juga berpakaian elegan, dengan Lucca Russo di belakang sebagai bodyguard yang sentiasa memerhati.
Beberapa lelaki CEO mula berbisik.
“Dia makin cantik setiap tahun…”
“Tak hairan dia nombor satu…”
“Kalau dia bukan CEO, aku dah lama approach…”
Hasya hanya senyum kecil.
Dia sudah biasa dengan pandangan seperti itu.
Tapi tiba-tiba…
Suasana dewan terasa berubah.
Pintu besar terbuka.
Semua orang diam.
Masuk seorang lelaki tinggi, badan sasa, suit hitam mahal yang melekat sempurna di tubuhnya.
Rahang tegas. Mata tajam. Aura dingin.
Zayden Thea.
CEO Global nombor 2 dunia.
Dan satu-satunya lelaki yang tak pernah tunduk pada Hasya.
Atau…
sebenarnya tak pernah mampu lari dari dia.
Zayden berhenti melangkah bila nampak Hasya.
Matanya terus gelap.
Pandangan lelaki lain pada Hasya…
cara mereka tengok kaki dia…
cara mereka senyum…
Tangan Zayden mengetap kuat.
“Kenapa dia pakai macam tu…”
Suara dia perlahan.
Tapi cukup untuk buat semua orang di sebelah diam.
Seorang wanita cuba pegang lengan Zayden.
“Mr. Zayden, you look handsome tonight—”
Zayden tarik tangannya tanpa tengok pun.
“Don’t touch me.”
Matanya tak pernah lepas dari Hasya.
Di tengah dewan, Hasya juga perasan.
Dia berpaling.
Mata mereka bertembung.
Seperti biasa.
Api terus menyala.
Hasya senyum sinis.
“Kenapa dia datang…”
Aimy berbisik.
“Sebab dia tak pernah boleh jauh dari kau.”
Hasya ketawa kecil.
“Dia benci aku.”
Di seberang dewan, Zayden bercakap perlahan.
“Aku tak benci dia…
Aku cuma benci bila semua orang tengok dia macam tu.”
Lucca yang berdiri di belakang Aimy sempat nampak pandangan Zayden.
Dan dia tahu.
Itu bukan benci.
Itu obses.
Obses yang terlalu dalam
sampai boleh jadi bahaya.
Dan malam itu…
baru permulaan.
Kerana Zayden sudah buat keputusan.
Hasya Humaira
tak akan jadi milik sesiapa.
Selain dia.
1 bab
Pilih urutan untuk menemukan bab lebih cepat
Lanjutkan membaca di aplikasi
Buka aplikasi untuk membaca bab terkunci.